Twitter
RSS

KAABAH TIDAK BERGERAK~

0
Kisah tersebut di ambil drpd emel yg aku terima daripada seorang kwan...
Berikut adalah cerita bagaimana yang dikatakan kaabah itu tidak bergerak..
Bacalah untuk makluman diri anda...


SUBHANALLAH...rs diri ingin cpt tawaf mengelilinginye...InsyaAllah..


Demikian sorotan emel itu...:D


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah.   
Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.  Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan  insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu  berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju  ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek  dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang  beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir,  ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju  ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada  kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.  Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia  enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.  Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika  diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di  sekelilingnya.  


Lalu malaikat  mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga.  Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi  kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang  tidak hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan  telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan  di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang  berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli  orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke  syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di  sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang  berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus  mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka  lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke  syurga....